Tuesday 31 January 2012


Safee Sali Bakal Sertai Johor Dengan Gaji RM46000





Safee Sali Bakal Sertai Johor Dengan Gaji RM46000 | Banyak gosip tentang Safee Sali selepas Liga Indonesia bermasalah. Ada yang kata Safee Sali bakal ke Belgium. Ada orang lain pula kata Safee Sali akan ke Thailand.. Itu teka-teki yang timbul mengenai penyerang prolifik Negara, Safee Sali yang terkini dikhabarkan bakal disunting pasukan Johor.

Malah lebih hebat lagi Safee Sali juga dikatakan turut ditawarkan gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Adakah Safee Sali akan kembali ke Liga Super Malaysia?
Pengurus Safee Sali, Zakaria Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan ada menerima tawaran untuk bermain dengan PNBJ, yang kini dibawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Safee Sali sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi.
Apa sahaja yang akan diumumkan atau diputuskan oleh Safee, diharap semua pihak menerimanya dengan berlapang dada dan seadanya,” katanya.

Sekiranya Safee Sali memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi negara itu bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia.

Difahamkan, proses perundingan dan perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat bersama pihak PBNJ bagi membolehkan Safee Sali beraksi bersama pasukan Jengking dalam perlawanan akan datang.
Pemilihan penyerang berusia 28 tahun itu di jangka dapat memberi suntikan buat pasukan Jengking yang kini dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu selaras dengan tampuk kepimpinan baru dibawah kendalian Tunku Mahkota Johor.

Dalam perkembangan lain, melalui laman Facebook rasmi Safee Sali semalam, pengumuman yang berlangsung pagi ini akan merungkaikan segala spekulasi dan ramalan banyak pihak kebelakangan ini.
Safee sebelum ini menerima tempias dan berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Safee agar peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam ISL demi masa depan kariernya.


KEMASKINI – Pelita Jaya tawar gaji baru. Seandainya Safee Sali memilih untuk kekal bersama kelab Pelita Jaya, pemain berkenaan Safee Sali bakal menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan. Tawaran gaji lumayan itu merangkumi faedah-faedah lain seperti kenderaan, pemandu peribadi serta penginapan yang diterima Safee.

No comments:

Post a Comment